PENGUNJUNG!!!!

Monday, 4 March 2013

1 march 2013..

jam sudah jam 5..akhirnya aku sampai ke hospital taiping, perak..aku hendak melawat saudaraku yang sakit..ramai betul sanak saudara yang berada di sana..sudah menjadi kebiasaanku apabila melawat saudara di hospital, aku akan melawat jiran-jiran di wad yang didudukinya..sedang aku berjalan-jalan..aku ternampak satu bilik yang ditutup rapat. Sesiapa yang hendak memasuki bilik itu perlu memakai "mask" iaitu topeng mulut, sesudah keluar dari bilik itu pula perlu membasuh tangan dengan sabun khas untuk membasmi kuman..

Aku cuba mendekati seorang tua yang baru keluar dari bilik itu dengan riak wajah yang bingung, sedih, dan gelisah..aku menyapa.."Assalammualaikum, pakcik"..dia membalasnya "waalaikummussalam"..setelah lebih kurang 30 minit berbual..aku pun tahu apa yang berlaku..Rupa-rupanya pakcik tadi adalah ayah kepada pesakit itu..pesakit itu telah disahkan menghidap sakit batuk kering..

Ceritanya begini..
Pada minggu sebelum kejadian, pakcik itu telah kehilangan wang..dia begitu marah kerana wang itu ingin dia gunakan sangat pada waktu itu..lalu dia berjumpa pawang atau bomoh untuk mencari siapa dalangnya yang mencuri dan menghantar balasan pada orang itu..pada awalnya, anak-anaknya melarang dan bertegas untuk menghalang perbuatan pakcik itu daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan agama itu..tapi gagal..akibat kedegilan dia, dia teruskan juga hasratnya, dia cuma memikirkan itulah cara yang terbaik..dengan sekelip mata dengan izinNYA..anaknya yang bongsu terus jatuh sakit..apabila dihantar ke hospital doktor mengesahkan anaknya menghadapi penyakit tibi..benar!!..itulah kisah yang terjadi pada pakcik dan anaknya..

05 march 2013..
akhirnya pada hari ini anaknya telah meninggal dunia tepat jam 11pagi tadi..sedekahkanlah AL-FATIHAH untuk anaknya..sama-samalah kita berdoa untuk saudara kita sendiri..tangisan kedengaran dan tertitislah air mata seorang ayah..aku juga sebak dengan apa yang berlaku..keluarganya haruslah redha dengan kejadian ini..

ingatlah janganlah membuat keputusan terburu-buru..kelak akan menyesal..jadilah lebih matang membuat keputusan..muhasabah diri..

-kisah benar-

No comments:

Post a Comment